Wednesday, December 4, 2013

#Ceramah1; Fakta Kehidupan

Assalamualaikum.
Atas permintaan seorang kawanku, aku akan share apa ceramah yang disampaikan pada malam 30/11.

Penceramah seorang bekas guru Matematik.
Bersara pada 1998.
Nampak tahun tu? Haa sangat berpengalaman!

Ok. Straight to the point.
Lihat pada keajaiban Matematik di bawah.

Aktiviti 1

A. Pilih tiga nombor yang berbeza angka.
Contoh: 123 atau 456 atau 741

B. Kemudian terbalikkan nombor tersebut.
Contoh: 321 atau 654 atau 147

Minus kan nilai nombor yang besar dengan nombor yang kecil.
Contoh: 321 - 123 = 198

Kemudian, terbalikkan jawapan 198 itu; 891.
Pluskan nombor itu dengan jawapan tadi.
Contoh: 198 + 891 = 1089

Jika anda cuba dengan nombor lain, anda akan tetap dapat jawapan akhir 1089.

Magic kan Math? (senyum kambing)

//

Aktiviti ini ada kaitan dengan hidup kita sebenarnya.
MATLAMAT HIDUP

Nombor-nombor yang pelbagai di atas merupakann masalah manusia di dunia ini.
Setiap manusia ada masalah sendiri.
Walau apa sekalipun masalah kita, siapa pun diri kita, tapi semua manusia menuju ke arah matlamat hidup yang sama.

Apakah matlamat tersebut?
Bahagia di dunia, Sejahtera di akhirat. -nak ada kerja,ilmu,keluarga & syurga dan etc.

Ingat, selagi nyawa dikandung badan, capailah matlamat itu.
Berubahlah menjadi seorang yang lebih baik . Berusahalah!

Tutup pena.

No comments:

Post a Comment