Wednesday, December 11, 2013

Jangan Berpuas Hati Dengan Beramal

Assalamualaikum semua.
Apa khabar?





Post yang sebelum ini aku ada berkongsi daripada buku Hilal Asyraf. 
Post kali ini pun akan aku kongsikan daripada buku Hilal Asyraf iaitu Fanzuru (Maka Lihatlah) iaitu buku Langit Ilahi 3.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Amal soleh seseorang antara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya daripada azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."  
(Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih Muslim) 
Kita tak dimasukkan ke dalam syurga bukan kerana amalan kita, tetapi kerana rahmat Allah kepada kita.

Syaitan tidak akan teragak-agak untuk meruntuhkan keimanan kita jika kita hanya dengan keimanan kita yang sedia ada. Keimanan yang kita tidak tingkatkan.

Bagaimana perlu kita tingkatkan iman kita?

Buktikannya dengan amal. Amal kerana Allah Taala dan ikhlas. Mari!

Tutup pen.

PS: Peringatan buat diri saya juga. (senyum kambing)


No comments:

Post a Comment