Sunday, November 18, 2012

Tanah berdarah.



Rakus letupan merentap nyawa
Tangisan si kecil tiada makna..
Darah si anak, airmata si tua..
Nyawa umpama tiada harga..
Rumah Allah dibinasa..
Tempat berlindung menjadi tanah derita..
Jatuh airmata, darah dan nyawa…
Di sini bukan lagi syurga mereka..

Assalamualaikum Palestin..
Assalamualaikum Gaza..
Assalamualaikum buat kaki-kaki kecilmu..
Assalamualaikum buat tangan-tangan ibumu..
Assalamualaikum buat para pejuang syahidmu..
Assalamualaikum buat kekasih-kekasih Allah…

Tangisanmu, meruntun hati kami..
Tiap percikan darahmu, meragut nurani kami..
Jeritan sayumu, tamparan keras buat kami..
Ratapan pilumu, mengundang syahdu jiwa kami…
Untuk kesakitan dahsyat yang kamu deritai..
Apalah sangat yang mampu kami kongsi..
Doa yang tak pernah putus..
Harapan yang tak pernah tandus..
Impian yang kudus…
Medan ini jangan kau jerlus..
Biar kalahmu di dunia tak tertebus..
Yang walang pasti kan terhapus..

Allahu Akbar. Betapa sedihnya aku rasa bila mendengar berita-berita tentang Gaza disana dalam televisyen,radio,surat khabar,facebook,twitter,belog. 

Betapa sukarnya mereka hidup dan survive di tanah sana. Betapa sukarnya mereka ingin menghadapi ketentuan takdir bila ahli keluarga mati syahid. Betapa sukarnya mereka ingin meneruskan hidup tanpa orang-orang tersayang. Hmm.aku tumpang simpati terhadap mereka.
Akan tetapi..aku gembira apabila mereka berpeluang untuk berjuang di jalan Allah dan mati dalam keadaan syahid. Mereka pastinya akan masuk ke syurga Allah. Ameen. 

Andainya aku berpeluang menolong mereka dia sana. Menjadi seorang doktor yang menolong mereka di Gaza. Jihad di jalan Allah! Allahu Akbar. 

Marilah kita bersama-sama berdoa untuk mereka. Dalam solat kita. Selepas solat kita. 
Dan..doa perlulah disusuli dengan tindakan. Barulah berjalan! Tapi persoalannya, bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia sebagai Muslim harus bertindak? Bagaimana jalanya? Itu yang aku kecewa.

Untuk info yang lebih lanjut tentang konflik Israel dan Palestin : [Sini] dan [Sini]

Semoga, post ini dapat menyebarkan serba sedikit tentang Israel dan Palestin. 
Aku hanya memainkan peranan aku sebagai seorang Muslim, sebagai seorang sahabat mereka di Gaza. Aku mungkin tidak berkesempatan untuk pergi ke sana sekarang. Hanya sekadar di sini. Dan mungkin aku berpeluang pergi ke sana kelak. In Shaa Allah. Ameen. Maafkan daku wahai sahabatku!  

Syukran jazilan. Assalamualaikum.