Saturday, June 30, 2012

Di kala ...

Di kala otak sedang bercelaru. Keadaan sekeliling sedang kelam kabut. Dunia pembelajaran yang begitu sibuk.
Aaaah. Macam-macam.


Tetapi, mereka membuatkan aku bersemangat untuk belajar dan belajar dan belajar dan belajar.
Iaitu, mereka yang sesetengahnya berada di sekeliling aku. Dan sesetengahnya lagi berada jauh daripada aku.

''Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna''

Wednesday, May 30, 2012

Haish.


Assalamualaikum.
Aku sudah pun membaca novel yang bertajuk Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid.
Sekarang, aku baca buku lain pula. Bukan fasal ceritera kisah dongeng. Tetapi, sebuah fakta mengenai dunia dan mungkin sekali tentang peperangan dunia. Hmm. Aku malas nak cerita dengan lebih lanjut. Kerana hal ini agak sensetif.

Ok. Back to my topic.

Setiap hari yang aku tempuhi, aku akan buat benda yang sama. Tapi tidak mengapa. Walaupun muram aku rasa, aku berasa happy.

Hari Jumaat ini, akan bermula pembelajaran aku seperti biasa. Walaupun aku di dunia cuti lagi, tetapi, aku perlu siapkan homeworks aku. Haish. Hmm, tidak mengapa. Aku berharap, roh serta jasadku ikhlas untuk mengerjakan apa jua kerja atau ibadat. Seperti, Laksamana Sunan atau Saifudin di dalam novel Bagaikan Puteri yang hanya hidup kerana Allah walaupun pelbagai dugaan yang ditempuhinya. Dia tidak pernah mendengar kata-kata syaitan laknatullah. Aku kagum dengan dia.

Tiada lagi kata-kata yang harus aku tulis. Selamat maju jaya.




Friday, May 25, 2012

Kami sayang Cikgu.

Assalamualaikum. Sudah lama tidak mengupdate . Alhamdulillah, hari ini aku sudah habis menghadapi peperiksaan.
Doakan aku supaya dapat 8A.

Hari ini juga, hari yang terakhir buat cikguku. Aku dan sahabat yang lain terkejut apabila dia beritahu kami bahawa dia akan bertukar ke Negeri Sembilan.

Dan, selepas naik cuti, beliau tiada lagi di sekolah kami. Kami tau, kami sedih. Sebab, selepas ini, kami tidak akan dengar lagi cerita-cerita menakutkan beliau.

Inilah gambar kami sebelum bermulanya cuti sekolah.

Pelajar 2A1 dan 2A2 SMKSP.

Kepada cikgu kami, kami sayang akan cikgu. Kami tidak akan melupakan cikgu serta cerita-cerita cikgu itu. 
Kami sangat-sangat menghargai cikgu.



Friday, May 11, 2012

Once upon a time...


Assalamualaikum. Sedang menunggu elektrik, aku merenung sebatang lilin yang bernyala ini. Aku berfikir, apa yang aku perlu buat ketika itu?.. Aku mengambil kamera aku, dan, mengambil gambar lilin ini. Aku berfikir lagi, 'Takkan aku nak ambil gambar sebatang lilin je?''

Jadi, aku berfikir berfikir berfikir.

Tiba-tiba, aku membuat sesuatu perkataan yang amat besar untuk aku. Ya Allah. Aku boleh buat perkataan itu dengan sempurna. Hanya menggunakan sebatang lilin dan kamera. Aku berasa gembira sangat sangat.
Alhamdulillah, Allah memberikan aku akal yang sempurna untuk berfikir. Aku bersyukur.


Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, April 17, 2012

She !

Finally, aku dapat bergambar dengan Si Genius Sangat2 ni ! Hehe. Ni masa Maulidur Rasul.. Nama dia, Nur Aisyah Binti Noordin. Aku panggil dia kak Aisyah. She is my idol ! Love her ! ;D