Friday, March 21, 2014

yes, balik!

Assalamualaikum.
Dah lama tak post. Agaknya dah berhabuk tebal dah.

Yes, balik!
Bye SAMURA.
Hai JB.
Hanya buat seminggu.

Banyak benda aku belajar dekat samura. Syukur alhamdulillah aku dapat menggagahkan diri aku berada di sana walaupun air mata tetap menitis untuk beberapa kali dan setiap kali ingin berpisah dengan keluarga. In Shaa Allah, sehingga tamat SPM 2015. Syukur alhamdulillah aku semakin dapat ikut rentak duduk di asrama.
Cuma, di sekolah. risau sangat. Belum tahu rentak tu betul ke tidak. 1/4 ini ujian bermula. Doakan aku dipermudahkan dan dapat jawab setiap subjek. Amin..

Friday, January 17, 2014

Good to hear, sad to know.

15.01.2014 after recess, 10.40 a.m.

Clicked the word ''semakan''. I didn't watch it but my friends were. My teacher said, ''SAMURA''.
All of us shouting.....then, Nisa' didn't get. Then, syikin didn't get. Hidayah, yes got it.
It was good to hear that both of us got it.

BUT...........................................................
deep in our hearts, we were sad to know that, after this we will move to other school.
Fortunately, hidayah don't go. but she's still got 2 weeks to change her mind.
Tinggal lah syikin n nisa'. Even adilah had gone to other school.


So SAD.
very sad.

Wednesday, December 11, 2013

Jangan Berpuas Hati Dengan Beramal

Assalamualaikum semua.
Apa khabar?





Post yang sebelum ini aku ada berkongsi daripada buku Hilal Asyraf. 
Post kali ini pun akan aku kongsikan daripada buku Hilal Asyraf iaitu Fanzuru (Maka Lihatlah) iaitu buku Langit Ilahi 3.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Amal soleh seseorang antara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya daripada azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."  
(Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih Muslim) 
Kita tak dimasukkan ke dalam syurga bukan kerana amalan kita, tetapi kerana rahmat Allah kepada kita.

Syaitan tidak akan teragak-agak untuk meruntuhkan keimanan kita jika kita hanya dengan keimanan kita yang sedia ada. Keimanan yang kita tidak tingkatkan.

Bagaimana perlu kita tingkatkan iman kita?

Buktikannya dengan amal. Amal kerana Allah Taala dan ikhlas. Mari!

Tutup pen.

PS: Peringatan buat diri saya juga. (senyum kambing)


Sunday, December 8, 2013

Lima Musuh Orang Mukmin

Assalamualaikum semua.


Gambar Hiasan


Aku tertarik dengan satu bab di dalam buku Kembara Hamba Mencari Cahaya oleh Hilal Asyraf dan ingin berkongsi dengan anda.
Tajuknya ialah Lima Musuh Orang Mukmin.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin itu sentiasa berada di ambang lima dugaan sukar:
  1. Mukmin yang dengki kepadanya.
  2. Mukmin yang benci kepadanya.
  3. Kafir yang memeranginya.
  4. Syaitan yang menyesatkannya.
  5. Nafsu yang sering bertarung untuk menewaskannya." 

Sudah tahu bukan? Mari, kita hadapi kelima-lima ini dengan cara yang benar.
Ayuh kita bersama!

Tutup gel pen.

Thursday, December 5, 2013

#Ceramah2; Manusia dan Haiwan.

Assalamualaikum semua.
Hari ini, aku nak share something lagi daripada kem tu.

Aktivti 2

Cuba anda pilih satu haiwan. Kemudian anda describe atau terangkan ciri-ciri haiwan tersebut.
Contoh:
           
Ular merupakan spesies reptilia yang berbahaya di dunia. Ia ialah sejenis karnivor yang boleh menelan binatang sehingga sebesar kambing.
Kemudian, tukarkan nama haiwan tersebut dengan nama kita. Baca ayat itu.

Haaa. Apa yang anda rasa? Tidak selesa bukan?

Rasionalnya di sini, jangan buat sesuatu itu sampai kita digelarkan seperti haiwan yang tiada akal (tiada keupayaan berfikir)

Anda tau apa ''sesuatu'' itu?
Masalah remaja sekarang. Merempit. Bercumbuan. Menjadi penagih dadah. Dan seangkatannya.

Ya. Itu dia.

Manusia rasa bebas di dunia ini. Boleh melakukan ikut hati dan nafsu syahwat.
Tapi, sebenarnya manusia tidak bebas. Kenapa ya?
Sebab, manusia terikat dengan undang-undang tidak kira undang-undang negara, agama dan adat resam.
Ibarat kaki sebelah terikat pada satu dahan pokok.

Jadi sebagai seorang manusia atau lebih mendalam lagi, sebagai seorang hamba Allah, kita perlu patuh dan taat setiap perkara yang wajib dan haram.

Tutup pen.